Kamis, 05 Januari 2012

PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Apakah kesan tuntutan untuk
memperkembangkan ICT ini ke atas dasar dan amalan (practice) pendidikan?
Sejauhmanakah sistem pendidikan bersedia untuk memainkan peranannya? Apakah
perubahan dalam kaedah, sistem penilaian dan pengkayaan yang wajar dibuat? Pendek
kata, bagaimana sebenarnya proses pembudayaan untuk ICT ini harus dirancang dan
dilaksanakan? Satu kajian dijalankan dengan memberi perhatian khusus kepada
pembudayaan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Kajian menghuraikan sejauhmana sistem pendidikan di Malaysia dalam setting formal
dan tak formal bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan seterusnya
budaya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan golongan muda. Secara
lebih sepesifik kajian menentukan sejauhmanakah dasar pendidikan, kurikulum dan
program-program latihan di peringkat menengah dan tinggi relevan dengan keperluan
semasa. Gambaran yang diperolehi dilihat dari pelbagai sudut, kaum, jenis sekolah,
lokasi sekolah dan tahap pendidikan.

1 komentar:

  1. Slots.lv Casino and Hotel - Mapyro
    Find your perfect spot at Slots.lv Casino and Hotel in 안양 출장마사지 Las 서산 출장안마 Vegas, NV and other places 창원 출장안마 to stay if you're 하남 출장안마 looking 구미 출장샵 for a quick, easy getaway.

    BalasHapus